Showing posts with label Speed control arduino. Show all posts
Showing posts with label Speed control arduino. Show all posts

Wednesday, 22 June 2016

Intelligent Auto Cruise Control with safety distance function



·         Projek ini mengawal kelajuan DC motor bagi mencapai had kelajuan yang telah disetkan. Penggunaan suis berfungsi untuk membolehkan pengguna menetapkan kelajuan yang diperlukan, memulakan operasi serta memberhentikan operasi.

·         Sensor digunakan untuk mendapatkan kelajuan semasa pusingan motor.

·         Suap balik denyut kelajuan motor sebagai masukan controller membolehkan controller meninggikan atau menurunkan kelajuan motor secara automatic berpandukan kelajuan yang disetkan.

·         Dalam erti kata lain, kelajuan motor akan menurun dengan pertambahan beban dan bertambah dengan pengurangan beban.

·         Dalam sebarang keadaan, controller akan sentiasa memastikan kelajuan semasa berada pada kelajuan yang dikehendaki.

·         Pada masa yang sama, jarak objek di hadapan turut di ambil kira dalam menentukan kelajuan motor tersebut.

·         Aplikasi projek ini adalah bagi kawalan auto cruise control yang diguna pakai dalam teknologi automotif masa kini tetapi dengan penambahan ciri-ciri keselamatan jarak kenderaan di hadapan.