Saturday 4 June 2016

Wireless Child Monitoring & Tracking with SMS and GPS Location


  • Projek ini terdiri daripada 2 unit peranti Master dan Slave yang berkomunikasi secara tanpa wayar menggunakan teknologi bluetooth.
  • Unit master digunakan oleh ibu bapa atau penjaga bagi tujuan pemantauan manakala unit slave dipakaikan ke atas anak kecil atau individu yang ingin dipantau pergerakannya.
  • Unit master akan memaparkan status "found" beserta lokasi GPS semasa bagi unit slave. Sekiranya unit slave berada di luar jarak kawasan yang dibolehkan, maka alarm beserta status "child missing " akan dipaparkan bersama-sama lokasi GPS yang terakhir.
  • Unit slave dilengkapi dengan peranti GSM dan GPS. Oleh itu peranti slave masih boleh dikesan melalui aplikasi SMS bagi menjejaki lokasi sebenar peranti slave.
Bagi mereka yang berminat untuk mengembangkan lagi fungsi projek ini, di bawah adalah
cadangan daripada pihak saya.
  1.  Tambahan fungsi aplikasi android phone yang berkomunikasi dengan peranti master. Dengan ini ibu bapa atau penjaga tidak perlu sentiasa berada berdekatan dengan peranti master. Apabila unit slave hilang dari kawasan liputan, peranti master akan membunyikan alarm dan pada masa yang sama menghantar notifikasi "missing" pada aplikasi android phone kepunyaan ibu bapa /penjaga yang turut membunyikan alarm pada phone.
  2. Penggunaan wireless module dengan jarak yang lebih jauh