Thursday, 23 June 2016

Ticketing Counter Number with SMS notification



·         Projek ini merupakan penambahbaikan ke atas sistem-sistem angka giliran atau counter numbering ticket yang diguna pakai oleh pelbagai bank, pejabat pos dan lain-lain.

·         Kebiasaannya para pelanggan terpaksa menunggu terlalu lama sebelum nombor gilirannya dipanggil. Pembaziran masa bekerja seperti ini pastinya membawa kepada pengurangan produktiviti untuk aktiviti-aktiviti seharian samada ke atas individu atau pihak majikan.

·         Justeru projek ini memberi pilihan ke atas pengguna yang mana system ini berkemampuan untuk menghantar notis SMS ke atas pelanggan dengan maklumat nombor giliran terkini, sebagai peringatan bahawa angka gilirannya akan dilayan sebentar lagi.

·         Komponen utama projek ini melibatkan penggunaan LCD sebagai paparan, keypad sebagai input serta GSM modul untuk komunikasi SMS.

·         Fungsi notis SMS ini adalah fungsi pilihan maka pengguna terlebih dahulu perlu memasukkan nombor telefon ketika mengambil nombor giliran mereka.

Tabung Elektronik



·         Tabung elektronik merupakan projek yang mengaplikasikan penggunaan sensor pengesan duit syiling (multicoin sensor).

·         Berkemampuan mengesan kesemua jenis duit syiling Malaysia dan menjumlahkan duit yang dimasukkan pada paparan LCD.

·         Kepada yang berminat, di bawah adalah tajuk-tajuk projek yang boleh dipelbagaikan.

 

Tabung Elektronik dengan paparan LCD

Tabung Elektronik dengan LCD serta music melody

Tabung Elektronik dengan fungsi keypad LOCK sebagai security

Tabung Elektronik dengan fungsi security mengunakan android phone

Egg classification analysis using laser method



·         Projek ini merupakan projek research yang memerlukan sampel data pengujian dan analisis data. Kepada mereka yang berinovasi serta berminat membangunkan sesuatu produk baru, projek ini agak menarik untuk diketengahkan.

·         Berdasarkan kajian dan survey yang dilakukan oleh pelajar terdahulu, sehingga kini kaedah pemerhatian secara manual masih digunakan bagi mengklasifikasikan telur-telur untuk penetasan atau pemakanan.

·         Sebagai makluman anda, telur penetasan mempunyai kandungan titik hitam atau dot kecil yang terdapat pada hujung bujur telur.

·         Justeru kaedah pemeriksaan menggunakan laser yang berkuasa rendah diaplikasikan beserta sensor pengesan cahaya.

·         Servo motor digunakan untuk memusingkan telur bagi membolehkan pemeriksaan secara menyeluruh dilakukan.

·         Setelah selesai, lcd akan memaparkan keputusan pemeriksaan dan led hijau dan merah digunakan sebagai indicator hasil keputusan.

·         Projek ini telah diuji dengan 10 sampel telur yang terlebih dahulu telah  diketahui klasifikasi telur tersebut daripada pihak yang lebih arif bagi menjamin keberkesanan pengujian projek ini.

·         Hasilnya adalah positif dengan 95% keputusan berulang adalah benar.

Wednesday, 22 June 2016

Intelligent Auto Cruise Control with safety distance function



·         Projek ini mengawal kelajuan DC motor bagi mencapai had kelajuan yang telah disetkan. Penggunaan suis berfungsi untuk membolehkan pengguna menetapkan kelajuan yang diperlukan, memulakan operasi serta memberhentikan operasi.

·         Sensor digunakan untuk mendapatkan kelajuan semasa pusingan motor.

·         Suap balik denyut kelajuan motor sebagai masukan controller membolehkan controller meninggikan atau menurunkan kelajuan motor secara automatic berpandukan kelajuan yang disetkan.

·         Dalam erti kata lain, kelajuan motor akan menurun dengan pertambahan beban dan bertambah dengan pengurangan beban.

·         Dalam sebarang keadaan, controller akan sentiasa memastikan kelajuan semasa berada pada kelajuan yang dikehendaki.

·         Pada masa yang sama, jarak objek di hadapan turut di ambil kira dalam menentukan kelajuan motor tersebut.

·         Aplikasi projek ini adalah bagi kawalan auto cruise control yang diguna pakai dalam teknologi automotif masa kini tetapi dengan penambahan ciri-ciri keselamatan jarak kenderaan di hadapan.

Portable Trolley Barcode Scanner for shopping guide



·         Projek ini menggunakan barcode scanner secara penyambungan terus  dengan controller

·         Apabila tag barcode yang berdaftar diimbas, paparan barcode ID, jenis barangan beserta harga akan terpapar pada paparan skrin LCD.

·         Kemudiannya harga barangan serta kuantiti akan ditambah secara automatik membolehkan pengguna memantau jumlah harga pembelian barangan bagi memudahkan pengurusan bajet perbelanjaan ketika melakukan aktiviti membeli belah.

·         Di samping itu, penggunaan mod suis membolehkan pengguna membuat pilihan sekiranya ingin membatalkan pembelian barangan, mod pemeriksaan harga atau kembali ke fungsi utama iaitu menjumlahkan setiap barangan yang diimbas.

Lain-lain project PIC/Arduino


HG001    Portable Trolley Barcode Scanner for shopping guide
HG002    Intelligent Auto Cruise Control with safety distance function
HG003    Egg classification analysis using laser method
HG004    Tabung Electronic
HG005    Pengesan Arah Kiblat (OKU)
HG006    Blind Stick Guide For OKU
HG007    Food temperature control
HG008    Mail Box Counter with SMS Notification
HG009    Driver Sleep Detection Alert
HG010    Door Security System Using Keypad function
HG011    Door Security System Using Keypad with SMS notification
HG012    Vehicle Safety Distance Alert System (Front,Rear, left and right distance alert)
HG013    Water Quality Control Based on PH Value
HG014    Flood Detector with SMS Notification Alert
HG015    Wireless Flood Detection Alert System
HG016    Automatic Exhaust Fan control based on temperature
HG017    Room LED Light With Smart Motion Detection & Dimmer function
HG018    Smart Room Counter with Electrical Appliances control
HG019    Clock Based Aquarium monitoring & Control
HG020    Tank Level monitoring and pump control
HG021    Fire Alarm Alert System
HG022    Wireless Fire Alarm Alert System
HG023    KeyPad Lock Security
HG024    Ticketing Counter Number with SMS notification

Friday, 10 June 2016

Barcode Scanner with Android display for Shopping buying guide



·       Projek ini menggunakan barcode scanner secara penyambungan terus  dengan controller

·       Apabila tag barcode yang berdaftar diimbas, paparan barcode ID, jenis barangan beserta harga akan terpapar pada paparan skrin LCD.

·       Kemudiannya harga barangan serta kuantiti akan ditambah secara automatik membolehkan pengguna memantau jumlah harga pembelian barangan bagi memudahkan pengurusan bajet perbelanjaan ketika melakukan aktiviti membeli belah.

·        Di samping itu, penggunaan mod suis membolehkan pengguna membuat pilihan sekiranya ingin membatalkan pembelian barangan, mod pemeriksaan harga atau kembali ke fungsi utama iaitu menjumlahkan setiap barangan yang diimbas.